jemput

Thursday, December 27, 2012

cerita guitar.


aku ingat lagi, kali pertama aku dengan dia bertentang mata. pernah dengar pasal 'fireworks' 'butterfies' dan lain lain? tak, aku tak rasa semua tu, satu pun tak sama seperti apa yang orang sering stereotype kan pabila pertama kali bertemu kekasih hati. semua bullshits tu, tak pernah hadir tika mana aku dan dia di rasuk cinta. apa yang aku rasakan adalah gajah. yep, gajah, itu yang aku rasa, menghentak beratnya yang paling kurang 1 ton di dalam perut aku. mula-mula;

1 gajah,
2 gajah,
3 gajah,
4 gajah,

hinggalah ke 13 gajah, menghentak keempat-empat kakinya sekuat mungkin di dalam perut aku, kemudiannya, menusuk sedalam mungkin kedalam benak aku. sakit.. aku mengaku, jatuh cinta dengan dia memang sakit. tapi lumrah, nama pun 'jatuh' hendak tak hendak, sakit memang disekalikan, satu pakej.

kemudian, aku berani-berani, konon mahu mengurat anak jantan. perlahan-perlahan, satu persatu langkah aku atur dengan teliti, otak aku pula, masa itu mahu membunuh diri, satu ayat mengurat yang mencairkan nafsu pun tak dapat aku sangkal. makin rapat, makin berdebar. dia seolah-olah memberi signal pada aku, 'marilah, dekat lagi, aku tak makan orang...'  

aku labuhkan jari aku satu persatu pada tubuhnya, 'mulusnya...' bisik aku perlahan. teruja sedikit. kemudian, aku gagahkan diri aku lagi. 

tarik nafas dalam.

capai leher jinjangnya, rasa sempurna di dalam genggaman telapak tangan aku. tambah lagi teruja. perlahan, aku usap tubuhnya yang licin, ketidaksempurnaan tak wujud pada dia.

nekad dalam hati. 'aku kena miliki dia. KENA!' 

tanya pada diri sendiri, 'bagaimana? sudah sedia kah aku? cukupkah keberadaan aku?'

keluh. jawapannya tidak.

hari itu, aku pulang rumah dengan hati yang paling porak peranda sekali. berkecai kepingan, satu demi satu, cebisan hancur menjadi habuk ghaib di pandangan mata kasar. 

habis PMR 2009, aku dengan dia berjumpa buat kali kedua. perasaan masih sama. masih ada gajah, masih ada teruja, masih terasa panas, masih lagi cinta. sungguh aku yakin, bahawa aku dan dia miliki cinta yang sama. dia tunggu aku berbulan-bulan sementara aku menaiktaraf diri aku. dia tunggu. 

ini takdir. ini jodoh. ini cinta paling utuh.

'bang, bagi saya guitar yang ini.'

rm 180, dan kau milik aku.

aku dan dia, dari 2009 hingga sekarang, 2012, masih lagi hangat bercinta, masih lagi belajar bersama. 

Brad my love, stay (:

jazmin

confession: sebenarnya baru ganti tali guitar. mahu post gambar saja, tapi terkarang surat cinta buat Brad.

No comments:

Post a Comment