jemput

Thursday, April 18, 2013

cantik dan hodoh.

korelasi antara hodoh dan cantik dalam hidup aku.

aku hodoh. 
sepanjang zaman persekolahan aku, aku disuap dengan pernyataan bahawasanya aku memang hodoh. bukan hodoh tahap biasa, tapi jenis hodoh yang layak dilanyak, diludah dan dimaki.
ya, aku jenis hodoh yang itu.

sungguhpun aku ini jenis manusia yang optimistic as fuck, jika saban hari kau diludah dengan maki hamun tentang kehodohan kau, mahu tak mahu kau mesti terpercaya juga.

"apalah hodoh sangat kau ni? dah lah jongang."
"jongang, jongang, jongan."
"kenapa kau jongang sangat?"
"tak larat aku nak tengok muka kau."
"ehh tengok, budak jongang lalu."

tiap hari. dari sekolah rendah hingga ke penghabisan sekolah menengah.
butolah kalau tak percaya those statements.

hodoh tu macam dah sebati dengan aku. jika dibilang aku cantik, memang tak lah aku nak percaya. bukannya aku mahu pancing pujian, sumpah tak, cuma aku? cantik? kau yang buta kot.

tapi sekarang, bila dah besar sedikit, matang sedikit otak aku, barulah aku sedar, aku tak perlu jadi cantik untuk hidup. aku tak perlu cantik untuk gembira. aku tak perlu cantik untuk dipuji, diangkat, dilihat oleh orang lain. aku tak perlu untuk jadi adjektif cantik yang literal.

yang aku tahu, aku cantik depan mata yang mahu lihat aku cantik. yang aku tahu, aku cantik depan siapa yang perlu. yang aku sedar sekarang ini, fuck them, janji aku cantik untuk aku sudah lebih daripada cukup. 

cantik, aku cantik.
hodoh aku yang membuatkan aku cantik.


asalkan aku cantik depan mata kau sudah cukup. aku tak minta lebih (:

jf.

No comments:

Post a Comment