hari ini paling letih.
8.30 pagi hingga,
9.40 malam, baru aku pulang dari praktis musikal.
muka sudah berlendir,
hati sudah cengeng.
"nak makan tak?
.... naan?
.... aku baru habis practice. tunggu kat naan. nanti aku sampai.
.... okay, okay. jumpa."
tiba di tempat naan.
toleh toleh. bisik, "ehh, tak ada ke?"
toleh toleh, "ehh, itu dia!"
duduk, senyum paling letih.
mahu pesan makanan, dia tahan, "aku dah order."
senyum. tepuk tangan.
makan.
borak.
makan.
borak. (gelak)
borak. (gelak)
gembira.
senyum sendiri.
[borak. (gelak)] darab sepuluh.
jalan pulang ke rumah.
walaupun hari itu hari paling palat, bila malam datang dan aku jumpa kau, hari yang kononnya paling palat itu hilang.
hilang.
yang awalnya letih palat.
aku tidur dengan letih gembira.
aku jatuh cinta dengan si pembikin gelak ketawa. paling sempurna dengan ketidaksempurnaannya.
aku suka.
kalau aku boleh namakan kau dengan satu nama tempat, aku namakan kau; rumah. selamat, selesa, gembira, cinta.
selamat tujuh. jom tambah lagi.
jf.
No comments:
Post a Comment