"where have you been all my life?" aku bisik pada dia. konon saja-saja, mahu jadi romantik dengan dia, acah-acah macam dalam movie.
"eh, tu lagu apa?" dia tanya balik pada aku.
drat.... baru nak rasa bercinta sebentar. rasa angau diusik angin, berganti madah cinta ibarat dalam filem-filem. ceh, bullshit.
diam.
"lagu rihanna." kemudian aku nyanyi sedikit bibit lagu itu.
diam. menung.
"aku ada je." perlahan dia jawab. "selama ni aku ada je. cuma aku hilang dalam ramai."
diam. senyum.
"nasib baik aku dah jumpa kau." jawab aku.
nampak tak? romantis. hahahaha, tak sangka kita ni comel.
geli. tapi, suka.
jf
No comments:
Post a Comment