jemput

Tuesday, May 28, 2013

fiksyen 2

klik sini untuk fiksyen episod 1


hai? ingat aku lagi. si pelacur.

hari ini sudah setahun aku dengan Orked.

jangan risau, aku masih lagi melacur seperti biasa sebab Orked pernah bagitahu, "asal bukan perempuan yang kau ranjang, aku tak ada masalah." ya, kami berpasangan, bercadang mahu berkahwin tahun depan, tak tahulah di mana ataupun macam mana, tapi memang kami mahu berkahwin. butoh lah Malaysia. bukankah perkahwinan itu adalah di atas dasar cinta? kalau aku cintakan Orked sepenuh hati aku, kenapa kami tak dibenarkan berkahwin. sial. tapi Orked sering bilang, "Tasha, Malaysia ini negara Islam. aku tak mahu rosakkan ekosistem negara kita semata-mata untuk kehendak kita berkahwin. tak kahwin pun aku masih dengan kau. bukannya kena tangkap basah pun."

kembali pada perhubungan aku dengan Orked. Orked malu dengan aku. mungkin sebab kawan kawan dia tahu yang aku  ni pelacur. atau mungkin dia malu dengan diri sendiri kerana berhubungan kelamin dengan aku. aku sendiri keliru yang mana satu tapi, yang pastinya dia malu dengan aku. contoh, sebelum kami kalau keluar, memang tak ada masalah apa apa untuk pegang tangan, cium pipi, kata Orked, "buat apa nak malu, aku kan kawan baik kau." tapi sekarang, bila kami berdua di khalayak, berselisih bahu dengan aku pun dia tak mahu.

tapi itu jika kami di khalayak. bila kami berdua, bilik kecil kami, masing masing di hasut nafsu, heh, tak adalah dia nak malu.

satu hari, aku tak tahan sebab, waktu kami konon mahu dating lunch bersama, pandang aku pun dia tak mahu. apatah lagi berbicara. memang sepatah haram tak keluar daripada mulut dia. aku confront dia.

"Ked, apahal perangai kau macam lancau akhir akhir ni? melampau lampau!" laungku pada  dia sebaik saja aku balik dari kerja jam 7 pagi.

"apahal kau ni? balik balik nak menengking aku." sambil gosok mata. lawa sial perempuan ni. kalau aku bukan tengah baran, sudah pasti aku akan ranjang dia sepantas kilat. tapi aku marah.

"kau kenapa macam haram dengan aku bila kita berdua dekat luar?!"

"ahhh, bising lah. aku nak tidur. jangan kacau aku."

aku tergamam. itu? itu jawapan dia? aku sayang dia, aku cintakan dia, sepenuh nyawa aku. aku sanggup mati untuk perempuan ini, tapi dia jawab itu pada aku?  aku tak minta banyak pun. yang aku minta cuma janganlah perangai macam bangsat sangat bila dekat luar dengan aku.

"perangai kau, macam bangsat. boleh mampus." dan aku keluar semula dari rumah. dia tak tahu, kalau dia mampus, aku pun bunuh diri juga.

airmata merenjis keluar tanpa henti. muka aku yang lebat ditatarias kini banjir dengan bahan kosmetik. aku melangkah laju ke Restoran M yang bertentangan dengan rumah kami.

duduk.
menangis.
mengah.
letih.

"hey." suara menegur.

aku tersenyum dalam hati. aku tahu dia akan kejar aku.

dia tarik kerusi dan duduk di sebelah aku.

dia pandang aku.

aku pandang dia.

di meja itu, di saat itu juga, dia rapatkan muka dia padaku dan perlahan lahan dia kucup bibir aku. jari jemarinya merayau senyap di tubuh aku, buah dada, perut, vagina.......

dengan 10 mata yang memandang. tapi aku rasa seperti satu dunia yang memandang. lebih ghairah dari biasa. Orked, Orked, kau wanita sempurna.

di tengah tengah kami beraksi, Orked bisik di telingaku, "visa, passport, bagasi, duit semua sudah siap. petang ini kita pergi ke amerika."

jarinya masuk ke dalam aku.

"selamat setahun sayang."

aku, Tasha, adalah milik Orked. dan Orked sahaja.

jf.

confession: entah kenapa aku nak sambung cerita lesbian ni. macam menarik plotnya dalam otak aku.

No comments:

Post a Comment